Apa Itu Healing Crisis

Assalamualaikum....selamat pagi..dah shake ESP pagi ni? saya sudah...bersemangat nak buat entri ni..hehe..so kali nak kongsi satu tajuk healing crisis atau krisis penyembuhan sebab ada beberapa customer yang bila saya follow up tanya khabar, ada yang kata jerawat makin banyak la, kuat berpeluh la, sakit kepala dan macam-macam lagi. yang sebenarnya itu adalah normal bagi proses penyembuhan. itu adalah salah satu proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan sepanjang hidup.Maksud 'healing crisis" ialah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simpton yang membuatkan rasa tidak selesa, dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.

Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.

Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan..lebih banyak toksin didalam badan, lebih teruk krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari atau berbulan lamanya.

Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tak ikut dos yang disyorkan, teru berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.









Jom tengok apa Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis
Sakit kepala yang melampau - Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin
Demam,tidak cukup rehat imunisasi badan - Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi
Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau - Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir - Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Berkahak - Petanda bagi menyahtoksin
Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah - Mempercepatkan krisis penyembuhan
Rasa sakit sendi dan otot - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Pendarahan hidung - Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak - Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
lapar, Pening - Tekanan darah rendah, anemia
Loya, Sembelit, tersedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Edema (membengkak) - malasah buah pinggang



Untuk keterangan lanjut











(COD: Seri Kembangan, Kinrara, Bukit Jalil, Cheras, Putrajaya)
Continue Reading

Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi
Last entri saya ada print screen testimoni set pantang shaklee kan...so arini leh la tengok ape yang ada dalam set pantang tu. kalau zaman dulu-dulu mesti kena ada jamu kalau nak bersalin. macam-macam produk dipasaran sampai pening nak pilih yang mana satu. kalau salah pilih boleh membawa kemudaratan pada baby tau. jadi hati-hati memilih...tubuh badan kita ni masa bersalin akan jadi sangat lemah sebab dah menggunakan tenaga yang banyak semasa proses kelahiran dan yang membuatkan orang yang bersalin lagi lemah sebab banyak pantang larang dari segi pengambilan makanan. macam mana nak dapat nutrisi yang lengkap untuk diet harian kan. Jom tengok apa yang Shaklee boleh bantu untuk tempoh berpantang bakal ibu sekalian.


Vitamin C 

Membantu membaiki tisu sel dan penyembuhan luka.


 Zinc Complex

Membantu luka dalaman cepat sembuh (selalu juga orang yang lepas bersalin dihidangkan ikan haruan atau mengambil pati ikan haruan..ini kerana ikan haruan mengandungi Zink) dengan adanya Zinc Complex lagi nak beli dan memaksa diri untuk makan ikan haruan.tiap-tiap hari dihidangkan ikan haruan bosan juga kan.







B-Complex 

Dapat mengelakkan stress dan kemurungan, Menstabilkan hormon. seperti kita sedia maklum selepas bersalin hormon wanita sedang dalam proses untuk stabil.



Vita-Lea Iron Formula 

Membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Iron sangat penting untuk tubuh selepas bersalin.







Bagi yang sedang memikirkan nutrien dalam pantang memang sesuai untuk mengamalkan set cadangan ini. ibu sihat bayi pun sihat kalau untuk menyusu hanya tambah beberapa produk sahaja. sebab nutrien yang diambil ini akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. kalau yang tak boleh nak telan jamu yang macam-macam bentuk...Shaklee hanya berbentuk pil dan bau nya tidak menjejaskan selera kita.

#sayajualshaklee #shaklee_putrajaya#shaklee_serikembangan#shaklee_puncakjalil#shaklee_Malaysia #sayajual #sayajualmurah #visitmyig #igbiz #instashop #vitamin #suplement #kesuburan #gemuk #kurus #cantik #online_selling #online_Malaysia

FB :Ida Rashid
whatsaApp : 0122300921

Continue Reading

Supplement Untuk Bakal Ibu

Assalamualaikum....


Petang-petang ni best tido kan...tapi anak-anak je tido.saya jarang tido petang...so boleh la buat entri sikit..harini teringat ofismate tadi, masa meeting terpandang muka dia. memang pucat je muka. Sebenarnya dia sedang mengandung anak kembar. waah..best kan..tapi tu la yang kesian nya...tengok muka dia memang tak bermaya, selalu je MC, tak larat katanya... So saya cuba mendekati dia untuk suggest kat dia supplement untuk ibu-ibu mengandung. Shaklee ada semua supplement...tu yang best shaklee ni...nak tau apa saya suggest kat dia....


B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vit B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat lemak & protein, Anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu ibu-ibu sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.







Vitalea Iron formula - sumber iron

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi, Mempunyai patented Sisten Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal. Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


OsteMatrix - Kalsium 

Sumber kalsium mencukupi bagi memastikan bayi yang bakal lahir mempunyai tulang dan gigi yang sihat. Kalsium membantu mencegah kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Selain itu ia juga dapat membantu pelawasan dan penyusuan susu ibu.

Omega Guard - Kaya Dengan DHA dan EPA

Membantu pembentukan sel otak bayi. pengambilan omega guard ialah selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke 2). Anak-anak yang ibunya mengambil supplemen Omega-3 mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan. Kemampuan berbicara yang lebih cepat dan penguasaan kosa kata lebih banyak berbanding ibu yang tidak mengambil omega-3.

ESP - Sumber protein 

Protein merupakan nutrien yang diperlukan oleh bayi, asid-amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat. Kebaikan untuk ibu, menambah darah, menguatkan sistem ketahanan badan, mencegah komplikasi kehamilan. Manakala untuk bayi pula untuk membina sel darah merah dan tisu otot, membina iru yang menyalurkan khasiat dari ibu, menyokong perkembangan sempurna otak bayi terutama semasa trimester ke-3.





Kakak tadi dah order 1 set.tapi omega guard dia tak ambil..omega guard untuk trimester ke 2 dan keatas sahaja..hehe...semoga dia beroleh kesihatan dan baby pun baik-baik saja. Kalau kembar lagi la perlu double triple supplement nak kena ambil kan...In Shaa Allah Shaklee dapat membantu.

Yang lain-lain kalau nak order boleh la contact saya. Di atas cadangan sahaja. dan boleh diambil ikut keperluan dan budget. Jangan risau...boleh contact saya untuk maklumat lanjut.
Continue Reading

Sustained Release Vita-C 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Continue Reading

Vita - E Complex


Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Continue Reading

"Hadiah Untuk Kulit Cantik"



Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik. Haa...kat sini kita tengok kenapa vitamin E ni sesuai di"hadiah"kan untuk kulit:-

**Melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

**Mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

**Membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

**Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

**Membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

**Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

**Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
Continue Reading

Shaklee Collagen Powder


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg
proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



* Berat molekul diukur dalam unit Dalton
Continue Reading

Vita-Lea Iron Formula




Multi vitamin & Multi mineral


Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Continue Reading

B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik



Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.




Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Continue Reading

Cara Memilih Sumber Protein Yang Baik

ANTARA KELEBIHAN ESP DARI SUMBER PROTEIN LAIN







Sekarang memang kita dapat lihat bermacam jenis produk yang dipasarkan, tidak terkecuali la soy protein kan. Kalau pencinta protein mesti tau...so xpayah sebut kat sini apa brands yang uolls guna. Kat sini nak bagitau macam mana nak tau sumber prtein yang uolls pilih tu adalah sumber protein yang baik..ia mesti ada kriteria seperti dibawah..dan ESP Shaklee ada kesemua kriteria berikut ;-






  • Kacang soya mesti ditanam secara organic, menurut kajian penaman secara kimi akan menyebabkan nutrisi berkurangan dan ianya telah terbukti boleh menyebabkan kanser dan nitrates. 
  • Soy Non GMO (tidak dihasilkan secara genetic) , kerana soya yang dihasilkan dari jenis genetik lebih murah untuk dihasilkan. Jika ia digunakan tanpa disedari toksin akan dibina apabila gen baru dimasukkan kedalam sel tumbuhan.
  •  Sumber protein tersebut hendaklah mengandungi 9 asid amino kerana badan memerlukan kesemua 9 asid ini untuk menghasilakn hormone, jus penghadaman, antibodi dan enzyme.
  • Sumber protein tersebut hendaklah dibersihkan dengan menggunakan air, bukan dengan alkohol keran akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%. Isoflavone juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan, soy yang mentah mengandungi "anti-growth","anti-tyrosine" substance. sekiranya bahan ini kurang akan menyebabkan blood pressure, low body temperatur, dan restless leg syndrome
  • Pemprosesan tanpa pemanasan. Asid amino akan musnah dalam suhu yang tinggi lebih kurang 50% essentiol amino akan musnah.
  • Mempunyai unsur kalsium. Kajian menunjukkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang oleh itu unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah untuk meneutralkan serbuk soya tersebut. 
Continue Reading

Alfafa - Raja Segala Tumbuhan

Alfafa Complex






















Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kod Produk:
10159 (330 pil)
10162 (700 pil)
Continue Reading

ESP Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Apa Kelebihan Soy Protein Yang Saya Ambil ni....


Soy Protein Shaklee ni Non GMO Soy tau..Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) ni adalah produk ni disahkan telah melalui Identity Preservation Program yang memastikan soya yang digunakan adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai sehinggalah soya itu diproses.

Jadi Kelebihan Mengambil Soy Protein ini adalah:-


Dapat Mengekalkan kulit muda dan otot – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Meningkatkan Kesuburan - menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Menguatkan Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Lepas tu, cuba tengok ada tak anda mengalami tanda-tanda kekurangan protein ni

*Kulit wajah yang kusam
*Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam.
*Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan.
*Rambut sering gugur.
*Lemah dan tidak bertenaga.




Tahukah anda kekurangan protein boleh menyebabkan masalah lain seperti :-

*Tinggi kandungan air dalam tisu badan
*Terancat akal
*Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
*Kandungan gula darah rendah
*Fungsi saraf tak stabil
*Ulser perut /  usus
*Luka lambat sembuh
*Pengaliran darah yang tidak lancar
*Penglihatan kurang baik
*Kurang darah atau kurang oksigen dalam darah - Anemia
*Penyakit buah pinggang - Kidney Disease
*Penyakit hati
*Kolesterol tinggi
*Kekurangan darah rendah
*Badan menggeletar
*Letih lesu
*Lemah
Continue Reading

Soy Protein Shaklee

ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER




Produk Shaklee yang paling saya suka. Rasanya sangat sedap. saya lebih selesa dicampurkan dengan jus oren. Sebelum pergi kerja saya akan pastikan saya sempat untuk 'shakebombom' breakfast saya ni. Ianya dapat memberi tenaga sepanjang hari dan kalau tak sempat ambil makanan lain untuk breakfast pun tak apa sebab ESP dah beri rasa kenyang. Kadang-kadang dah tengahari pun saya masih tak rasa lapar. Yang bonusnya kulit pun cantik.

Kenapa saya suka ESP??

- Sebab ianya amat penting dalam diet harian kita.
- Minuman berkhasiat (sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya)
- Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
- ESP mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
- ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
- Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik.

Yang buat saya lagi yakin ESP tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ida Rashid
Email : idarashids@gmail.com
sms / whatsapp : 012-230 0921
Continue Reading

Kenapa Saya Pilih SHAKLEE sebagai "Supplement" harian saya??

SYARIKAT YANG STABIL SEJAK 1956

Shaklee telah berada dipasaran lebih 50 tahun.Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebat. Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.


PRODUK YANG BERKUALITI 

Yang paling utama adalah...produknya yang berkualiti. Salah satu produknya yang pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yang harmoni dengan alam semulajadi dan terbukti dengan ujian klinikal. Semasa saya memilih produk Shaklee, saya yakin dengan tiga perkara dibawah:-





Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

PELAN JUALAN MENARIK

Berpeluang menikmati bonus skim yang shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip-trip international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes sendiri baik secara part time atau full time. Dan hasilnya nanti, dapat berkongsi kebaikan produk dan kesihatan yang tidak ternilai..Malah bonus juga tiada limit. Tidak mustahil sebagai Jutawan.
Continue Reading

Adakah Kita Perlukan Supplement?

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.


Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya."



Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/adakah-kita-perlukan-suplemen-1.106427
Continue Reading

Apa itu Makanan Tambahan @ Supplement

sekadar hiasan



Maksud Supplement
============================
Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor. 


Kepentingan Supplement
=============================

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.


Masalah Pengambilan Supplement
========================

1. Harga yg mahal - tidak ninafikan makanan tambahan agak mahal. Pengguna perlu menetapkan beberapa budget untuk mendapatkan supplemen yang sesuai.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan
Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin &\dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral, dan komponen-komponen lain yang tidak diketahui fungsinya

3. Tidak dapat mengelak daripada penyakit tertentu
Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagai.

4. Wajar diambil oleh org tertentu sahaja
Pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yang tidak ada selera makan, wanita hamil yang kerap muntah, dan kanak-kanak yang tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga untuk jangka masa pendek sahaja

5. Keracunan
Pengambilan terlalu banyak vitamin A akan menyebabkan maut untuk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat & mampu membawa kepada kekurangan vitamin E yang diperlukan badan. Hati juga akan terjejas fungsinya kerana Vitamin E turut terkumpul di dalam hati

6. Pembaziran
Vitamin D dan C yang berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. kerana ianya bersifat "sustained release" tidak kekal didalam badan.

7. Kesan sampingan
Vitamin A yang terlalu banyak @ kalsium yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan badan yang mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan tanpa dos yang sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
Sesetengah supplemen dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti stimulen dan bahan penahan sakit yang dapat menyebabkan ketagihan atau pergantungan psikologi

9. Membawa maut
Terdapat juga suplemen yang mempunyai kandungan hasil daripada kejuruteraan genetic. Mengambil suplemen yang telah diubah paten genetik boleh membawa maut. Di AS, kematian dan kecacatan banyak berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Siapa Yang Memerlukan Supplement
===========================
Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement

Continue Reading