"Hadiah Untuk Kulit Cantik"



Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik. Haa...kat sini kita tengok kenapa vitamin E ni sesuai di"hadiah"kan untuk kulit:-

**Melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

**Mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

**Membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

**Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

**Membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

**Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

**Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

0 Comments:

Post a Comment