Minggu lepas Kumpulan Simpanan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-sinar yang kini dibuka kepada semua ahli KWSP sehingga 8 juta ahli yang layak.Kategori pertama yang layak adalah SURI RUMAH,ahak gembira juga hati ni.Almaklumlah kekda pun suri rumah juga.
So korang mana yang rasa ada niat nak buat permohonan I Sinar ni, Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
Kategori 1
Mereka
yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja
sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak
mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti
tanpa gaji.
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan;
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Kategori
ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan
pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan
gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac
2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui
dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika
dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain
seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi
pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Untuk
memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status
permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga
minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum
akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Jumlah kelayakan i-Sinar
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Ahli
yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat
pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat
secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran
pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli
yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh
membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah)
daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam
tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Bagi
memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk
mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima
Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan
memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
2 Disember 2020
Dan juga 1 lagi hari ni Kekda pergi ke Cawangan KWSP sebab rasa macam belum daftar lagi dalam i-Akaun.Sebab memang tak tahu pun No Id dan PW untuk masuk ke i-Akaun.Kononnya nak buat PW la gi sana.ye la tak pernah masuk pun i-Akaun Memang tak terfikir pun nak FORGOT USER ID.hihihi,
Bila dah beratur dan nasib baik beratur tu sekejap je dah print penyata akaun rupanya staf KWSP tu cakap memang setiap orang dah ada PW dah.Kecuali dah tukar no HP.
Kalau yakin tak tukar no hp boleh la cuba yang Kekda ajar ye.Kalau dah daftar boleh la buat macam di bawah ni.
IKUT CARA KAT BAWAH YE
Masuk je www.kwsp.gov.my Pastu isi apa yang pihak KWSP suruh isi.
kalau yang tak pernah buka pun i-Akaun forgot je 2 2 macam NO ID dan PASSWORD terus.
So bolehlah aktifkan i-Akaun korang dan kat situ semua dia paparkan berapa akaun 1 korang berapa akaun 2 korang dan berapa yang dah korang keluarkan.Juga berapa dividen yang korang dah dapat untuk tahun sebelum ni Alhamdulillah Senyum juga lah tengok baki yang ada.Ingatkan sikit je sebab kekda kerja 10 tahun je tu pun gaji tak banyak so potongan pun tak banyakla .top2 tanjat juga la tengok baki yang ada.(sikit bagi orang banyak bagi Kekda)Alhamdulillah syukur nikmat.
semoga dapat membantu tau korang
0 Comments:
Post a Comment