Perjalanan mengandung dan melahirkan zuriat ke-4

Assalamualaikum semua...
Allahuakhbar lama betul Kekda tak masuk blog. Semua sihat ke?

Kekda hari ni hari ke 28 berpantang.

Kekda nak cerita serba sedikit perjalanan mengandung anak ke 4 di usia Kekda 38 Tahun.

Mula2 dapat tahu terkejut juga tapi memang mengharap nak anak sorang lagi, anak no 2 Kekda selalu berdoa dia nak adik sorang lagi. Rezeki Allah SWT nak bagi bulan 1 2021 dapat tahu Kekda preggy. Alhamdulillah. 

Kekda di jaga bagaikan puteri oleh suami dan anak2. Kekda amalkan set hamil shaklee full tau, sebab umut dah 38 tahun ni risau apa2 penyakit melekat plak. Alhamdulillah semua ok GDM ok, Bp ok cuma berat je tak ok, sebab Kekda balas dendam betul makan apa yg terlintas. Sebelum preggy Kekda jenis jaga makan juga. Sebab tu Kekda ambil set hamil shaklee untuk cover balik apa yang kekda makan.

Emosi terganggu dik pandemik ni, lepas tu berita kematian arwah Siti Sarah plak. Nangis jek sebab takut. Tapi hari2 Kekda Doa. Sebut 1 1 alhamdulillah semua Allah makbulkan. 

Antara doa Kekda mintak denganNYA

1.Permudahkan perjalan hamilku
2.Permudahkan waktu bersalinku singkatkan sakitku
3.Bagi baby bantu ibu keluar tanda nk bersalin sebab rumah tinggi. Bagi tanda yang ringan2 je (alhamdulillah keluar tanda darah je dan xsakit) 
4.selalu usap perut cakap dengan baby, baby keluat tarikh sekian2 ye. Sebab baby masa tu 38 minggu dah cukup matang dan. Memang betul tarikh yang Kekda nak baby keluar. Kekda cakap lagi baby jangan besar sangat ye dalam perut ibu tu biar berat 2.9kg-3.2kg je, betul2 baby keluar antara angka tu iaitu 2.97kg.ibu cakap baby kalau nak keluar bagi tanda kat rumah pastu sakit skit2 dalam perjalanan ke hospital dah sampai hospital laluan buka 4cm ye. Memang 4cm bila dah smpi hospital. Allahuakhbar betul mujarab doa wanita hamil ni. 1 lagi doa termakbul baby tolong ibu ye masa baby nak keluar. Mula2 sampi dalam LB baby tidur.. Doctor gerak2 kan dia. Ibu usap2 baby betul2 tolong ibu mudahkan ibu meneran sejam je dalam LR.

Pukul 8 malam keluar tanda, kemas apa yang patut, anak2 nak hantar kt rumah mak sebab xjauh pn dr rumah mak, sempat Kekda dan suami solat isyak berjemaah, sebelum tu kekda bersihkn diri dan bersihkan darah betul2 sebelum solat. Doa panjang skit.. Sempat lagi makan malam dengan anak3.

Turun pergi rumah mak sampai sana pukul 10 malam macam tu kot. Lepak3 pukul 12.30 malam baru gerak ke HCTM. Plan2 la cakap kat suami bwk kereta... Sakit pn xkuat mn. Suami parking kat staf sbb suami staf situ cuma tumpang parking bos dia la.. Hihihi malam xde orang parking pun n tak masuk keje pun. 

Kekda jalan dari parking staf dan lepak dulu tunggu suami melaboq pastu p beli ayaq dalam mesin dan pukul 2 lebih kot masuk kat PAC. Kol 3.30 tolak ke LB pukul 4.23am lahir la Puteri ke 2 Kekda pada 9.9.2021.sempat bergurau dengan nurse baby shoppe mcm kakak incess dia jugak 12. 12.2009.

ALHAMDULILLAH syukur nikmat
Yang masih berjuang dengan emosi nak bersalin banyak2kan berdoa dan mengaji untuk tenangkan diri. Kekda cuma amalkan surah al-mulk dan surah al-waqiah jek.surah maryam dan yusuf awal2 hamil Kekda baca. Banyakkn berzikir. Masa dalam LR tak lepas dari mulut hanya ASTARFIRULLAH HAL AZIM (aku mohon ampun kepada Allahl) dan ALHAMDULILLAH (pujian kepada Allah) syukur DIA bagi rasa sekali lagi sakit bersalin.

Next kekda sambung episod berpantang plak tau.. Episod berpantang penuh cabaran dan air mata jugak la... Tp nikmat
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 Comments:

Post a Comment