RESEPI LAKSAM SIMPLE

Assalamualaikum  selamat pagi

Pagi ni KEkda nak kongsi cara2 buat Laksam yang mami KEkda selalu buat.Kekda pun tolong2 mami jek tak pernah buat lagi kat rumah sendiri.Kalau rasa nak makan jek request  ngan mami buat sama2x.

Kalau dekat SERI KEMBANGAN ni pasar borong selangor dekat jek kadang ada jual Laksam yang dah siap tau.

Tapi kalau buat sendiri lagi power
Meh buat sendiri hokeh.

2

Cara2 buat Laksam
1)Tepung beras 1 peket
2)Air
3)2 sudu minyak
4)Loyang/penutup periuk cap buaya tu.

Bancuh tepung beras bersama air.Bancuh jangan pekat ok,cair2 pekat tepung gitu.

Dah bancuh panaskan kukusan biar air menggelegak air kukusan tu.

Masukkan loyang/penutup periuk dalam  kukusan setelah air panas.igt bukan letak dalam air tu.mcm biasa la mengukuskan mcm kukus kek.

Masukkan tepung yg di bancuh tu skit2 dalam loyang tu.Macam mami KEkda dia senang jek letak tutup periuk tu so senipis tutup periuk tu jelah.Nak tahu masak ke tak laksam tu dia menggelembong tepung tu so angkat.

Bila dah masak Gulong jek kami guna hujunh sudu bantu gulong.Nak ulang lagi sapu plak minyak skit2 kat loyang tu.ulang la mcm biasa

Kuah laksam

1)ikan sardin 1/2 kg
2)garam
3)santan 1/2kg
4)lada hitam (tumbuk halus)
5)1 bj bwg besar
6)1 labu bwg putih
7)kalau suka belacan boleh taruk tapi mami KEkda taruk atas darat letak sebelah cili tumbuk tu
8)halia skit
9)3 asam keping

cara proses

Rebus ikan sardin dah masak ikan tu mcm biasa asingkan tulang n isinya.
air rebusan jangan buat untuk join nak blend nanti.Blend isi n tulang ikan asingkan tau blend tu masa blend tulang ikan lepas tu tapis la ye.
Terus letak dalam periuk yang nak buat kuah.Blend bwg besar n bwg putih,halia.masukkan dalam periuk yang sama.Lada hitam yang di tumbuk tadi masukkan sekali.

Panaskan Semua yang di blend tadi selepas masukkan santan dengan api yang perlahan.Masukkan asam keping n garam.Kacau kuah tu jangan berenti sebab kejap je nak masak.

nampak dah nak masak tu tutup le ye.

CILI JANTAN
segenggam cili
garam skit

tumbuk jek baru rasa kejantanan cili tu.

Hiasan/ulam

Kebiasaan Mami KEkda mesti ada
kacang panjang
timun
daun kesum
taugeh

potong la cantik3 ek.


SIAP UNTUK DI MAKAN
KALAU NAK LAKSAM SPECIAL  SKIT LETAK TELUR PUYUH KE SERUNDING DAGING KE..PERHHH SEDAP TU.

Selamat mencuba dari KEkda
ada salah silap tolong oyat deh.

#resepiKEkda
#masihbelajar

0 Comments:

Post a Comment