Tuesday, 10 October 2017

Perjalanan jauh balik Kelantan

Hai hai KEkda nak cite pengalaman dan perjalanan yang panjanggggggg sangat2 untuk pergi/balik kelantan

KEkda ni asal kelantan.Nenek pun ada kat kelantan tapi KEkda bersekolah menengah di Bukit Kayu Hitam KEDAH.
Almaklumlah anak Tentera merantau la ye.Bila Abah pencen jek Terus pindah Ke Kuala Lumpur sebabnya KEkda kerja di Kuala Lumpur.Kakak KEkda pun keje n sambung belajar di Cheras,adik belajar Di Gombak jadi majoriti anak2 Abah ada di Kuala Lumpur.

😆 cerita pasal KEkda lak ek

ok KEkda sebenarnya xpuas menetap di Kelantan sebenarnya sebab sekolah rendah n tak tahu apa erti keseronokan sebenarnya menetap di sana.Tapi puas jugak la panjat pokok terjun sungai masa sekolah rendah dulu2.Tapi tu hanya kenal kawasan kg KEkda jek.

KEkda di lahirkan di Pasir Mas Kelatan.
Tiap kali nak balik kelantan jek hati ni seronok xterkira fikir mcm2 dah nak buat lagi2 zaman sekarang ni Kelantan pun dah semakin hebat lagi2 bab makan.Bab makan tu KEkda suka.

Perjalanan memakan masa paling sikit 8jam.Tapi tu kalau tak jem la.Kalau jem korang tahu sendiri la ye.

Bermula perjalanan dari

  KL - Bentong - Raub - K.Lipis - Gua Musang - KB  sejauh 430km

fuhhh jauhkan?????
Anak2 siap cakap kg Ibu ni jauh sangat la .Lagi2 ayahnya jenis bawak santai"  Biar lambat asal selamat"

Tapi bila kata nak balik kelantan anak3 hepi semacam.Suka sgt dorang.

Sampai tol gombak jek hati dah berbunga2.Kadang isi minyak siap2 kdg petronas bentong baru nak isi.

Kami kalau balik paling sikit mesti 3 buah kereta sebabnya kakak pun nk follow..Mak lah yang paling sibuk buay bekal malas nak makan kat kedai katanya lagi2 ramai rakyat xberbaloi makan kat kedai.
Singgah di masjid/surau mmg hobi kitorg.Kadang mandikan anak2 tapi utamakan untuk solat dan senang serba serbi.

bila dah 4-5 jam drive sampai Gua Musang hati dah berbunga2 dah nak dekat smpai la kiranya Pasir Mas tu..hahahaahahaa...
Kepala otak pikir mcm2 dah nak mkn mee celop la,sosaj thailand la,nasi kerabu ayam bakar murah la n bla bla bla.

Bab kata nenek kitorg Demo ni tok tahu letih ko pah tubik2 pah wat balik makane tok kenye kenye..beli banyok pulok tu...hai mana la xbeli banyak..kalau dah kueh seikat rm1...beli goreng pisang rm2 1 plastik..beli kopok leko pun 1 plastik..murah sgt...

Penat jalan jauh berbaloi2x sgt bila dh smpi ke Kelantan ni.

Rantau Panjang tu tempat wajib KEkda smpi...

inilah serba sedikit tentang KEkda balik kelantan.


Ni jek gambar yang KEkda jumpa dlm hp .Minggu depan cuti sekolah KEkda nak balik nak buat bubur Asyura nnti KEkda update ye n masukkan balik gambar2 perjalanan KEkda ke sana.

Sekian serba sedikit tentang perjalanan balik ke kelantan.
bai tq sudi baca celoteh KEkda ye.😘😘😘😘

No comments:

Post a Comment