Peranan Seorang Ibu


Assalamualaikum  semua dan selamat malam..
Hari ini dan malam ini Kekda nak cerita mengenai seorang yang bergelar Ibu.
Ia juga adalah pengalaman Kekda sendiri dan melihat Mami Kekda sendiri.

Mami Kekda mempunyai 10 orang 8 perempuan 2 lelaki.
Peranan Mami sangat2 besar kerana ke 10 orang anak di jaga dan melahirkan sendirian kerana Arwah Abah Kekda seorang tentera.

Isteri tentera dan anak2 tentera sahaja tahu bagaimana sebenar2nya kehidupan kami.

Mami Kekda seorang yang tabah,tak pernah lihat dia merungut penat atau mengeluh.A to Z mami uruskan semua.Bila menjelang hari raya Mami mengutamakan anak2nya.
ini adalah sikit sebanyak cerita mami

Mungkin Kekda tak berapa nampak pengorbaman Mami waktu kecil.Tetapi bila Kekda dah ada anak2 baru lah terasa bagai di tampo tampo jek muka ni.KAU TAHU TAK MAK KO TU ANAK 10 ORANG ELLEK JEK DIA JAGA.

Kekda ada 3 orang anak seorang P n  2 L.Fuh walaupun Kekda surirumah tapi mcm bekerja payahnya nak rehat yang cukup kecuali tidur.

Mengandungkan anak2  adalah yang paling mencabar sebabnya rumah tinggi tingkat 5 tiada lif.Tapi bersyukur sgt2 suami sgt memahami malam2 kalau tgk kekda xleh tidur  je suami akan urutkan.

Betul apa2 yg kita buat semuanya untuk anak2x.Makan minum jaga basuh berak tu semua sendiri mmg xde maid.turun rumah naik 4x sebab 2 orang anak kekda jadual persekolah dorang berlainan.Bila sorang pagi sorang lagi petang dan begitulah dah nk.masuk 2 tahun kehidupan macam ni.

Ibu sanggup bergadai nyawa untuk anak2
ibu sanggup berlapar untuk anak2
ibu sanggup tak pakai baju baru asalkan anak2 berpakai baju baru.

DENGAN ITU SAYANGILAH IBU ANDA

salam sayang dari:
Kekda yang mengantuk

0 Comments:

Post a Comment