Perlukah Berpantang Selepas Bersalin??

Perlukah Berpantang Selepas Bersalin??


Amalan Berpantang – Adakah Perlu Selepas Bersalin
Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu.

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya memfokuskan daripada segi sajian makanan serta minuman sahaja. Malahan ianya turut merangkumi hubungn kelamin, aktiviti harian seperti amalan mandi atau amalan berurut. Pada kebiasaannya, adalah tidak menggalakkan hubungan kelamin pada tempoh masa tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan).

Daripada segi tempoh perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan (Caesarean) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain daripada itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya akan mengambil masa yang agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifas sebenarnya mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkung serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau sjian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi tersebut.

Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas juga penyusuan ibu. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.

Secara kesimpulannya contoh-contoh yang disebutkan tadi hanya merupakan sebahagian amalan berpantang yang seringkali dipraktik dan diamalkan. Namun begitu, terdapat juga amalan-amalan berpantang yang tidak begitupopular yang sudah ketinggalan zaman kernan tidak sesuai dengan keadaan terkini dan tidak diwarisi lagi. Daripada huraian di atas boleh disimpulkan bahawa tidak semua amalan semasa berpantang itu membawa kesan negatif malahan ada juga yang secara logiknya memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

Harap perkongsian ini dapat membuka mata orang2 baru untuk berpantang ye....yang paling penting adalah kesihatan kita...badan nak pakai lama ni...ops sorry..saya pun xigt sy ambil kat mana info ni...sebab nya masa google2 terjumpa..amik je dulu tempek kat draft...hehe...ok bagi yang nak cuba set berpantang moden dari Shaklee leh la contact saya ye..



0 Comments:

Post a Comment